Monday, February 8, 2010

AMANAH RAYA - WASIAT/ WILL



Apa itu wasiat?

Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian”

Dalil Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran ,sunnah Nabi s.a.w, amalan sahabat dan inma ulama.Allah S.W.T berfirman : (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat oleh simati dan sesudah dibayarkan hutangnya. - Surah An-Nisa’ : 11.

Sabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati atas jalan Islam dan mengikut Sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah, dan dalam keadaan diampunkan- Hadis riwayat Ibnu Majah.

WASIAT ISLAM
- Kos perkhidmatan RM350.00

- Pembahagian harta pusaka boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dana ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui faraid.

- Hanya satu pertiga (1/3) daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwasiatkan. Dua pertiga (2/3) daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut hokum Faraid.

- Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga (1/3) sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.

WASIAT BUKAN ISLAM

- Kos perkhidmatan RM500.00

- Pembahagian harta pusaka boleh dibuat melalui wasiat mengikut hasrat dan keinginan Pewasiat kepada sesiapa sahaja yang di kehendaki.

- Tanpa dokumen wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Akta Pembahagian 1958.


Soalan-soalan Lazim
(PENTADBIRAN HARTA PUSAKA)

Apakah yang terjadi sekiranya Pentadbiran Harta Pusaka tidak dilaksanakan?


  • Harta Pusaka anada akan dibekukan atau terbiar dan segala transaksi aset tidak dapat dilaksanakan. Waris-waris akan menghadapai kesulitan kewangan kerana tidak dapat memanfaatkan harta yang telah ditinggalkan.

Siapakah yang boleh mewarisi harta Simati?



  • Sekiranya Simati seorang ynag beragama Islam, waris-waris yang layak ialah sebagaimana ditetapkan dalam hukum Faraid seperti bapa , ibu, isteri , suami, anak lelaki, anak perempuan, cucu lelaki, cucu perempuan dan sebagainya. Bagi yang bukan beragama Islam, waris adalah sebagaimana dinyatakna dalam Akta Pembahagian 1958 (Distribution Act 1958) seperti ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak dan zuriat seterusnya.

Apakah yang dimaksudkan dengan faraid?



  • Faraid ialah harta pewarisan dan ketentuan hak terhadap pembahagian harta pusaka bagi orang islam berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama.

Bilakah permohonan Pentadbiran Harta Pusaka wajar dilakukan?



  • Secepat yang mungkin, sebaik-baiknya dalam tempoh 6 bulandari tarikh kematian. Permohonan awal adalah penting bagi mengelakkan kehilangan dokumen-dokumen penting dan berlakunya kematian berlapis kepada waris-wariskerana ini akan menambahkan bilangan waris sehingga akhirnya proses penyelesaian menjadi rumitdan sukar diselesaikan

Siapakah yang dimaksudkan dengan Pemegang Surat Kuasa Mentadbir?



  • Pemegang Surat Kuasa Mentadbir atau biasa juga disebut 'Pentadbir' ialah individu atau organisasi dilantik oleh Pentadbir Tanah melalui perintah Pembahagian Pusaka Kecil atau oleh Mahkamah melalui Perintah Pusaka Tidak Berwasiat melebihi RM600, 000. Tugas mereka ialah untuk mentadbir harta pusaka Simati dengan menyediakan inventori dan menerima aset dan liabiliti serta membuat pembayaran bagi waris apabila perintah pembahagian dikeluarkan.

(WASIAT)


Siapakah Wasi dan apa peranannya?



  • Wasi ialah individu atau organisasi yang dilantik dan berperanan untuk menguruskan pentadbiran harta pusaka serta menjalankan arahan-arahan lain di dalam wasiat.

Bolehkah saya menulis Wasiat sedangkan hutang saya melebihi daripada aset?



  • Anda boleh menulis wasiat, akan tetapi hutang anda akan diselesaikan dahulu sebelum pembahagian ke atas baki harta pusaka boleh dibuat kepada waris-waris.

Apakah dokumen yang perlu dikumpulkan dalam penyediaan Wasiat?



  • Dokumen-dokumen yang perlu adalah salinan kad pengenalan Pewasiat dan Waris, surat beranak waris dan dokumen yang menunjukkan hak Simati atas sesuatu harta seperti geran tanah atau rumah, nombor akaun simpanan dan sebagainya.




No comments:

Post a Comment