Monday, February 8, 2010

PENGENALAN BSN


Bank Simpanan Nasional (BSN) telah ditubuhkan pada 1 Disember 1974 di bawah Kementerian Kewangan. Dengan penubuhannya, semua tugas dan tanggungjawab Bank Simpanan Pejabat Pos diambil alih oleh BSN. Misi BSN adalah untuk menggalakkan simpanan, pelaburan dan pengurusan kewangan yang berhemat di kalangan rakyat Malaysia demi meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

Kini BSN mempunyai lebih 5,000 kakitangan dan lebih 376 rangkaian cawangan. BSN juga mempunyai kemudahan Mesin Teller Automatik (ATM) dan juga Mesin Deposit Tunai (CDM) di seluruh Malaysia. Ia mempunyai 7 juta pemegang akaun dengan simpanan melebihi RM8 bilion.

Di samping meningkatkan mutu perkhidmatan, BSN juga memperluaskan produk-produknya untuk faedah semua pelanggan institusi ini. Produk utama BSN termasuk Pinjaman Peribadi, Pinjaman Perumahan, Sijil Simpanan Premium (SSP), Skim Perbankan Islam, Akaun Simpanan Giro, Kad Debit BSN Matrix dan Matrix-i di samping Kad Kredit Visa dan Mastercard.

Kini, di BSN juga terdapat perkhidmatan untuk pendaftaran wasiat (Amanah Raya Berhad), simpanan 3 dalam 1 iatu Simpanan + Pelaburan + Perlindungan (Prudential BSN Takaful Berhad), dan sebagainya.

( Dipetik dari : http://www.bsn.com.my/ )

2 comments: