Tuesday, February 9, 2010

KAD KREDIT



Kad Kredit bukanlah 1 kepentingan dalam kehidupan kita. Tapi, ada satu keadaan di mana kita sangat memerlukannya..

Contoh Peristiwa :

Amir runsing memikirkan apa yang perlu dilakukan selepas mendengar berita ibunya sedang nazak dari adiknya yang menelefon sebentar tadi. Dalam tangan hanya ada RM20. Amir bergegas ke bank yang berdekatan untuk mengeluarkan duit dari ATM, hanya RM30 yang dapat dikeluarkan.Almaklumlar hujung bulan, menanti 3 hari lagi nak gaji.

Lampu berkelip tanda minyak perlu ditambah lagi. Kampung nun jauh di utara, perjalanan Pahang ke Pulau Pinang tidak cukup dengan berbekalkan RM50, minyak kereta lagi, tol lagi. Malam-malam macam ni tidak ada bas yang pergi ke sana, kalau pon ada, RM50 tidak cukup untuk bayar tambang bas tersebut. Amir menelefon kawan-kawannya untuk meminjam duit, tapi semuanya tidak dapat membantu dengan memberi pelbagai alasan, ada yang munasabah dan ada yang hmmm... biasalah.. kedekut sikit.

Di sini kita boleh membuat pilihan mana yang terbaik, kalau masa itu kita ada kad kredit walaupun 1, sudah boleh membantu kita serba sedikit dan kita boleh membayar semula dalam masa 20 hari tanpa interest. Ataupun menelefon adik di kampung dan menyatakan tidak dapat pulang. Mana yang anda mahu..??

Lagipun kad kredit sekarang ada banyak manfaat nya cuma perlu ada sikap disiplin supaya tidak banyak berhutang sehingga tidak mampu untuk membayar semula.

Antara Manafaatnya :

  • PENGELUARAN WANG PENDAHULUAN TUNAI DI SELURUH DUNIA
    Nikmati pengeluaran wang pendahuluan tunai dari lebih 1 juta mesin ATM di seluruh dunia.
  • PENERIMAAN DI SELURUH DUNIA
    Nikmati kemudahan menggunakan kad kredit BSN di lebih 180 negara di seluruh dunia
  • PERCUMA PERLINDUNGAN INSURANS PERJALANAN DAN KESULITAN
    Nikmati perlindungan insurans perjalanan secara automatik sehingga RM300,000 apabila anda membeli tiket penerbangan dengan menggunakan kad BSN klasik, dan RM500,000 dengan kad BSN Emas. Anda juga akan dilindungi untuk segala kesulitan jika bagasi anda hilang, penangguhan penerbangan atau ketinggalan penerbangan sambungan.
  • PELAN ANSURAN MUDAH BSN EASYPAY 0%
    Dapatkan barangan impian anda menerusi Pelan Ansuran Tanpa Faedah sehingga 24 bulan
  • PELAN PEMINDAHAN BAKI
    Dapatkan penjimatan caj kewangan apabila anda memindahkan baki daripada kad-kad kredit lain ke Kad Kredit BSN (pindahan minimum RM500)
  • DAPATKAN MATA BONUS
    Dapatkan 1 mata bonus bagi setiap RM 1 yang dibelanjakan dan nikmati pengecualian penuh/diskaun ke atas yuran tahunan
  • YURAN TAHUNAN
    Kakitangan kerajaan - 3 tahun pertama PERCUMA dan tahun seterusnya bergantung kepada penggunaan kad.
    Kakitangan Swasta - 1 tahun pertama PERCUMA dan tahun seterusnya bergantung kepada penggunaan kad.


UNTUK LAYAK MEMOHON ANDA MESTILAH

  • Warganegara Malaysia dan berumur 21 ke atas
  • Untuk Kad Tambahan, pemohon hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai pendapatan tetap (pendapatan tahunan minimum untuk Kad Klasik adalah RM18,000 dan Kad Emas RM48,000)
  • Untuk yang tidak mempunyai pendapatan tetap, mencagarkan Sijil Simpanan Tetap BSN / Sijil Simpanan Premium BSN sekurang-kurangnya bernilai RM4,000 untuk Kad Klasik dan RM14,000 untuk Kad Emas.

2 comments:

  1. Salam Cik. Saya govt servnt. Brp layak nk mohon kad kredit eh? Gaji kecik jee..

    ReplyDelete
  2. mohd rizdwan bin norzali

    ReplyDelete